Jumaat, 3 Julai 2009

Jangan lupa doakan ibu bapa kita

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup @ telah tiada )"..........
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..
Mari kita cuba….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan