Ahad, 12 Julai 2009

SEKOLAH AGAMA BANDAR JOHOR BAHRU

Ini adalah dewan Al-Hidayah yang terletak di antara bangunan Ansar dan Muhajirin. Banyak aktiviti yang diadakan di dewan ini seperti perhimpunan mingguan, pertandingan nasyid dan marhaban, mesyuarat PIBG dan lain-lain.



Gambar di bawah pula adalah bangunan muhajirin. Bangunan ini menempatkan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik rawatan. Tingkat satu bangunan ini pula menempatkan pusat sumber,perpustakaan, tandas guru dan pelajar wanita, bilik wuduk wanita dan musolla.
Manakala tingkat dua pula menempatkan kelas-kelas.


1. Gambar yang pertama adalah dataran sekolah Agama Bandar Johor Bahru,

2. Gambar yang kedua pula menempatkan tempat untuk para pelajar menunggu bas.

3. Gambar yang ketiga adalah tempat letak kereta kakitangan sekolah Agama Bandar Johor Bahru.



Kemas tak bilik ni? Ha....ini bilik mesyuarat sekolah saya.bilik inilah tempat kakitangan sekolah mengadakan perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya.
tempat yang cantik ni adalah taman dan lanskap sekolah saya. di sinilah terletaknya surau untuk jemaah lelaki beramal ibadat.




nampak tu........Sekolah Agama Bandar Johor Bahru. itulah nama sekolah dan alamat sekolah saya... tengok jangan tak tengok....
gambar seterusnya adalah pandangan hadapan bangunan ansar. ia menempatkan kelas-kelas sahaja.





lambang sekolah saya nie.... mottonya ILMU, AMAL dan IKHLAS.
Ilmu : sekolah adalah tempat untuk murid-murid mencari dan mendapat ilmu, manakala guru pula menyampaikan ilmu,

Amal : ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan untuk menjadi panduan dan bekalan sepanjang perjalanan kita di dunia ini.

Ikhlas : untuk mengamalkan ilmu yang diperolehi mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah supaya apa yang kita kerjakan atau lakukan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan